Skip to content

APAKAH PEMERIKSAAN KIMPALAN?

Apakah Pemeriksaan Kimpalan?

Pada dasarnya, pemeriksaan kimpalan akan menunjukkan tahap minimal yang dapat diterima bagi produk kimpalan yang seharusnya mematuhi syarart-syarat atau kriteria-kriteria yg termaktub didalam ‘standard’ yang diamalkan. Kesemua jenis sambungan didalam fabrikasi logam akan diperiksa dan diuji mengikut ‘standard’ yg diterima dengan menggunakan peralatan-peralatan yang relevan dengan kerja-kerja pemeriksaan. Seharusnya hasil pemeriksaan dan ujian itu akan menjaminkan kualiti keselamatan penyambungan yang optimal.

Pemeriksa kimpalan yang diiktiraf akan memainkan peranan penting didalam industri kimpalan. Tugas mereka adalah memastikan setiap kimpalan yang mereka periksa dan uji bercirikan tahap kualiti tinggi, berkesan, dan yang paling penting, sesuai dengan peraturan keselamatan. Kerjaya ini mempunyai banyak ciri-ciri keselamatan dan tanggungjawab serta menawarkan cabaran kepada mereka yang berminat didalam profesi ini. .

 

Bagaimana Saya Boleh Menjadi Seorang Pemeriksa Kimpalan?

Orang ramai dari pelbagai latar belakang telah banyak memasuki didalam bidang pemeriksaan kimpalan. Pengimpal, Pembuat fabrikasi, Penyelia, atau Pengendali ujian tanpa musnah, dan sesiapa sahaja yang beroperasi dalam bidang industri ini layak untuk menceburi kerjaya dan kriteria sebagai pemeriksa kimpalan.

Berbagai cabang dan laluan kerjaya ini boleh diteruskan. Ia merupakan suatu permulaan bagi tujuhala ke bidang-bidang lain, seperti Ujian Tanpa Musnah (NDT), Pemeriksa Loji (Plant Inspector), Pelindung Katodik, Pemeriksa Painting and Coating dan juga Pemeriksa ‘Underwater”.

 

Peluang Perkembangan Kerjaya untuk Pemeriksa Kimpalan

Dalam kerjaya pemeriksa kimpalan, terdapat pelbagai laluan yang boleh diceburi oleh seseorang itu untuk mengkhususkan diri didalam pelbagai bidang aktivit dan tugas yang berkaitan. Sebagai contoh, Pemeriksa struktur yang secara digital mengawasi kerja-kerja kimpalan yang dilakukan oleh pengimpal.

Pemeriksa yang memutuskan untuk menjadi pakar dalam industri saluran paip mempunyai pelbagai tugasan yang melibatkan proses pemeriksaan saluran paip. Bermula dari dari tinjauan jenis tanah, mengatur penempatan paip, penggalian parit, memeriksa pengecatan dan penyalutan paip, memantau laporan paip melalui pemeriksaan ujian tanpa musnah, dan akhir sekali, langkah-langkah penutupan paip dan semua jenis aktiviti yang dipantau dan diperiksa oleh pemeriksa paip.

Pemegang sijil CSWIP boleh bekerja dipelbagai sektor industri, dan lokasi .. Contohnya dari industry perlombongan, peparitan , di darat, luar pesisir, minyak dan gas, penjanaan tenaga, aero-angkasa, kereta api, dan banyak lagi sector-sektor yang berbeza. Dari segi lokasi, setiap negara mempunyai syarat dan keperluan bagi pemegang sijil dan pemeriksa yang berkelayakan untuk tujuan ini.

Kelayakan CSWIP boleh membawa kepada pelbagai peranan. Kami mempunyai kelayakan yang meliputi pemeriksaan kimpalan, prosedur kimpalan, ujian tanpa musnah, pemeriksaan loji(plant inspection), perlindungan katodik, pemeriksaan bawah air, dan banyak bidang lain yang diliputi dalam skema CSWIP.

Kelebihan pekerjaan pemeriksa kimpalan adalah keserbagunaan (versatile) mereka. Beberapa bidang industri juga menawarkan pelbagai peluang untuk pemeriksa kimpalan yang diiktiraf,contohnya industri minyak dan gas, pembuatan, pembinaan, pengangkutan, dan penerbangan.

Pemeriksa kimpalan yang bercita-cita tinggi dan ingin mengkhususkan diri dalam beberapa teknik atau bahan boleh mendapatkan pelbagai sijil yang berbeza dimana ia boleh terus meningkatkan kerjaya mereka didalam pelbagai peranan yang menjanjikan kapasiti pendapatan yang lebih baik.

Fleksibiliti dan peluang melancong untuk pemeriksa kimpalan

Bekerja sebagai pemeriksa kimpalan dalaman dapat memberi anda keselamatan dan kestabilan pekerjaan. Walau bagaimanapun, anda juga mempunyai pilihan untuk bekerja bebas atau bekerja sebagai kontraktor. Pilihan ini bukan sahaja memberi anda banyak fleksibiliti dan autonomi untuk memilih jenis projek, tetapi juga memberi peluang untuk pergi ke lokasi yang berbeza untuk bekerja.

 

Mengapa pemeriksa kimpalan perlu diiktiraf?

Kebiasaannya, pemeriksa kimpalan yang diiktiraf menjadi keperluan kerana ia adalah syarat kontrak atau keperluan pelanggan kerana memberikan kepercayaan pada produk dan perkhidmatan mereka.

Tidak ada syarat tetap untuk kemasukan di peringkat bawahan. Walau bagaimanapun, semasa anda memasuki peranan yang lebih senior, ia akan menjadi lebih spesifik mengenai apa yang perlu dilakukan oleh pemeriksa dan berapa banyak pengalaman yang perlu mereka berikan. Terdapat tiga tahap asas dalam skema pensijilan CSWIP. Pemeriksaan kimpalan visual adalah tahap asas, pemeriksaan kimpalan, dan pemeriksaan kimpalan senior.

Mempunyai kelayakan CSWIP boleh memberi keyakinan kepada majikan dan pelanggan bahawa orang yang melakukan pemeriksaan adalah orang yang berkelayakan dan kompeten. Syarikat yang mempunyai pemeriksa kimpalan yang diiktiraf mempunyai jaminan bahawa pekerjanya memahami jenis bahan dan kecacatan yang mereka lihat. Mereka yakin bahawa pasukan dapat menilai berdasarkan kriteria dengan betul, dan ini memberi mereka keyakinan terhadap produk yang dikeluarkan pada akhir pengeluaran. Ini juga memberikan jaminan kepada pelanggan mereka bahawa produk mereka sesuai dan ia telah diperiksa dengan betul sehingga meningkatkan produk di sekitarnya yang dihasilkan oleh syarikat.

 

Apakah Tugas Biasa Seorang Pemeriksa Kimpalan?

Pemeriksa Kimpalan perlu memastikan semua kimpalan dan tindakan dijalankan adalah mengikut applikasi,spesifikasi dan prosedur yang ditetapkan. Selain bekerja di lapangan dan menyelesaikan pemeriksaan projek kimpalan mereka, pemeriksa juga perlu menyusun laporan-laporan mengikut pengaturan pejabat. Kebanyakan mereka bekerja secara sepenuh masa, terutamanya pada hari bekerja.

Pemeriksa Kimpalan seharusnya :

  • Perhatikan semua tindakan yang berkaitan dengan kualiti kimpalan disepanjangan pengeluaran.
  • Catat semua perkara pemeriksaan pengeluaran yang berkaitan dengan kualiti, termasuk laporan akhir yang menunjukkan semua kecacatan yang dikenal pasti.
  • Bandingkan semua maklumat yang direkodkan dengan kriteria penerimaan dan klausa lain yang relevan dalam standard aplikasi yang digunakan.

Peranan pemeriksa kimpalan adalah merangkumi semua bidang dari prosedur pra-kimpalan, kimpalan, dan pasca kimpalan.

 

Prosedur Pra-kimpalan merangkumi:

Penyediaan:

  • Membiasakan diri dengan dokumen yang berkaitan
  • Standard / kod aplikasi - untuk keperluan penerimaan visual
  • Lukisan - butiran item dan posisi kimpalan/ toleransi, dll.
  • Prosedur Kawalan Kualiti - untuk aktiviti seperti pengendalian bahan, kawalan dokumentasi, penyimpanan, dan urusan kawalan komsumable kimpalan
  • Pelan Kualiti / Pemeriksaan dan Pelan Pemeriksaan (ITP)/ Senarai dan Butiran Pemeriksaan terperinci, prosedur pemeriksaan, dan rekod-rekod yang diperlukan

Semasa mengimpal, pemeriksa kimpalan hendaklah memantau:

  • Kesesuaian keadaan cuaca
  • Pematuhan penggunaan proses-proses kimpalan
  • Pemilihan teknik kimpalan yang sebenar
  • Pemilihan bahan dan komsumabel kimpalan yang sesuai
  • Pemilihan ketetapan parameter kimpalan yang sesuai
  • Cara-cara melakukan pembersihan semasa kimpalan

Selesai mengimpal, pemeriksa seharusnya menjalankan prosedur berikut:

  • Mengenalpasti kimpalan
  • Mengenal pasti/ memberi nombor mengikut keperluan
  • Mencatat dan Menanda identiti pengimpal

Pemeriksaan visual

  • Pastikan pengimpalan bersesuaian dengan semua ujian tanpa musnah
  • Periksa secara visual dan sesuaikan aturan mengikut keperluan kod

Tinjauan dimensi

  • Memastikan ukuran dan dimensi mematuhi kod / lukisan

Lain-lain Ujian Tanpa Musnah

  • Meastikan semua ujian tanpa musnah selesai dan lengkap bersama laporan.

Pembaikan

  • Pemantaun kaedah pembaikan untuk memastikan pematuhan prosedur PWHT
  • Pemantaun Pematuhan Prosedur
  • Semak dan mengesahkan carta rekod pematuhan prosedur

Ujian tekanan/beban

  • Memastikan peralatan ujian dikalibrasi dengan betul
  • Memantau dan memastikan pematuhan prosedur
  • Meastikan semua rekod-rekod berada didalam simpanan

Dokumentasi

  • Memastikan sebarang modifikasi adalah mengikut ` as built drawing’.
  • Memastikan terdapat kesemua dokumen-dokumen yang diperlukan.
  • Menyusun/memfailkan dokumen untuk rekod pembuatan
  • Tandatangani semua dokumentasi dan sampaikan ke bahagian QC

Resume

  • Periksa semua dokumentasi
  • Periksa semua bahan yang digunakan
  • Periksa bahan, dimensi, dan keadaan
  • Pra -pemanasan, kaedah, dan suhu
  • Periksa kesesuaian dan persediaan
  • Pastikan tiada tekanan/stress yang berlebihan pada sambungan
  • Periksa peralatan kimpalan
  • Periksa ampere, voltan, kekutuban
  • Pastikan teknik yang betul, mengikut turutan
  • Periksa jangka masa digunakan, selang masa
  • Pembersihan antara hantaran
  • Selang suhu
  • Kawalan konsumabel
  • Laporan dan rekod penyenggaraan.
  • Pembersihan sesudah
  • Pemeriksaan visual sambungan kimpalan yang telah siap
  • Periksa kontur dan lebar kimpalan
  • PWHT
  • Ketepatan dimensi
  • Laporan kimpalan
  • Bergabung dengan laporan ujian tanpa musnah
  • Pantau sebarang aktiviti pembaikan.


For more information please email:


webinquiries@twisea.com

GTM-PSN49WB
GTM-PZFKBMB